Google Malaysia anjur bengkel keselamatan internet

Google’s New Office In Malaysia Is A Wild Indoor Jungle

Google Malaysia akan mengadakan sebuah bengkel dengan mengetengahkan tip-tip keselamatan internet berdasarkan tema-tema iaitu Keselamatan, Privasi, Keselamatan Keluarga dan Maklumat Salah pada Jumaat ini.

Google Malaysia dalam kenyataan berkata, bengkel itu akan diadakan di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Jalan Genting Klang, di sini bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 11 pagi.

“Sebagai pewaris jaringan sejagat masa depan, ia amat penting untuk kami mendidik generasi muda hari ini tentang cara-cara menggunakan internet dengan selamat.

“Bengkel ini melibatkan tip-tip yang dapat mendorong pelajar menikmati pengalaman dalam talian dengan selamat dan menjadikan mereka ejen perubahan yang mempengaruhi rakan-rakan sebaya dan junior mereka secara positif,” katanya.

Dalam majlis sama, Google Malaysia akan mengumumkan kolaborasi bersama pelajar ijazah tahun kedua dalam jurusan Sarjana Muda Perhubungan Awam (Kepujian) yang akan diberi tugasan kelas untuk menghasilkan sebuah kempen atas talian tentang keselamatan internet.

 

Source: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/google-malaysia-anjur-bengkel-keselamatan-internet-1.910062

May 8th, 2019|Categories: Techy Talky|