“Adalah menjadi keperluan buat Malaysia untuk mewujudkan pendidikan bertaraf antarabangsa,” kata Datuk Seri Najib Razak. Selaras dengan itu, MARA menyahut seruan Perdana Menteri dengan menghantar 10 Institusi Pendidikan Mara (IPMA) menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) . Malaysia Association of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd telah menganjurkan (MTE) yang berlangsung dengan jayanya pada 22 hingga 24 Februari 2018 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC).

Program yang bertemakan ‘Asia’s Inventions and Innovations Marketplace’ ini disertai oleh 80 buah organisasi tempatan dan sembilan (9) daripadanya adalah penyertaan dari negara luar. Mengungguli kategori Asian Youth Innovation Awards (Junior), empat buah MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, MRSM Bentong, MRSM Gemencheh dan MRSM Kuala Klawang telah memenangi pingat gangsa. MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang telah mengenengahkan projek X-Illusions yang diwakili oleh Nazila Ishak, Saidatul Husna Muhamad Taufik, Teh Aisyah Rusli, Alia Sofia Ahmad Sauqi dan Sofea Irdina Aqtar Fariq Syahril. MRSM Bentong pula menampilkan projek QA Ruler diwakili oleh Mohd Yazid bin Mohd Shariff, Nur Qistina Zulaykha Mohamad Yazid dan Aina Athirah Ahmad Rosli. “Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami juga dan ia sedikit sebanyak menaikkan semangat kami untuk membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi pertandingan lain yang seumpama ini pada masa akan datang,” ujar guru pembimbing MRSM Bentong. MRSM Gemencheh telah menghasilkan Projek Eco-Bin diwakili oleh Noor Emy Liana Daud bersama pelajarnya Sarah Edna Mohd Faisol dan Nur Fatihah Abu Bakar  seterusnya MRSM Kuala Klawang mempersembahkan projek MathZania: Making Learning Real diwakili oleh Muhamad Hafiz  Ahmad Nasir, Nur Shazrahanim  Kamar, Tengku Husna Tengku Abd Rahman dan Koperasi MRSM Kuala Klawang Berhad. “Latihan serta penyelidikan perlu dilakukan bagi mengaplikasikan konsep serta elemen sains dalam kategori yang dipertandingkan,” jelas Emy. Syabas dah tahniah diucapkan kepada semua pemenang sekaligus membuktikan pencapaian mereka ini adalah membanggakan dan ia menunjukkan pelajar MRSM di negara ini setanding dengan pelajar di negara lain.