Anda inginkan sebuah rumah yang mempunyai teknologi canggih seperti filem animasi Ejen Ali? Adakah anda tahu, Robot pembantu rumah yang diperkenalkan oleh negara Jepun telah menjadi kebanggaan dan keinginan bagi setiap suri rumah yang bekerjaya. Tambahan pula, taraf pendidikan di negara Jepun adalah tinggi dan kerana itu mencari seorang orang gaji menjadi sangat sukar. Hal inilah yang menjadi punca kepada penciptaan Smart Home.

Pelbagai alat elektronik dan Smart Gadget yang menggunakan teknologi canggih yang telah dicipta bagi memudahkan kerja harian bagi seorang suri rumah. Seperti robot yang dicipta oleh salah satu Universiti di Jepun, iaitu Twendy One Robot. Apa yang hebat Twendy One Robot  ini sehingga mampu membantu suri rumah melakukan kerja harian? Hari ini kita diperkenalkan dengan Smarthome yang popularmembolehkan kita membuka dan menutup lampu, menghidupkan komputer dan televisyen dengan hanya menyentuh butang atau menepuk tangan. Selain daripada itu, terdapat lima sistem teknologi canggih yang terkandung dalam smarthome ini, iaitu :

SISTEM KESELAMATAN – Sistem ini mempunyai 2 teknologi yang menjaga keselamatan didalam rumah, iaitu CCTV dan Alarm. CCTV yang berfungsi sebagai perakam segala kejadian didalam dan luar rumah akan sentiasa berhubung dengan alarm. Alarm ini akan berbunyi apabila ada hal yang tidak diinginkan terakam kamera. Selain CCTV dan alarm, terdapat satu lagi teknologi yang membantu keselamatan rumah iaitu text notification yang memberi amaran melalui telefon bimbit sekiranya ada tingkap dan pintu yang tidak berkunci.

POWER SYSTEM – Teknologi ini mengawal tenaga elektrik yang digunakan didalam rumah. Sistem ini dipasang pada alat-alat elektronik seperti Televisyen, Pendingin Hawa, Lampu malah ada yang memasang di peti sejuk. Power system  ini akan menghidupkan semua alat elektronik ini apabila ada orang di dalam rumah dan sebaliknya apabila tiada siapa di dalamnya maka seluruh alat elektronik akan terpadam dengan sendirinya. Teknologi canggih ini juga bekerja sebagai pengatur  elektrik. Jika arusnya sudah sampai pada tahap maksima, maka alat-alat elektronik ini juga akan terpadam bagi menjimatkan kos penggunaan elektrik.

JARINGAN MULTIMEDIA – Teknologi ini lebih mengetengahkan hiburan seperti TV, DVD, Komputer dan Playstation yang akan  membuatkan masa rehat penghuni Smarthome ini lebih terhibur dengan jaringan Multimedia ini.

SISTEM PENGESAN BAHAYA – Setiap rumah yang diduduki pastinya akan berisiko menerima pelbagai kemungkinan yang tidak diingini atas kelalaian manusia sendiri. Contohnya seperti kebakaran yang berpunca letupan gas dan litar pintas atau selainnya. Tetapi jika diterapkan smarthome didalam setiap rumah, kemungkinan seperti ini mampu diatasi dengan teknologi pencegah. Sistem pengesan kebocoran gas mampu mengesan jika ada kebocoran gas yang berisiko terjadinya letupan. Antara lainya ialah smoke detector dan  ground fault interrupters. Smoke Detecter yang mampu mengesan asap atau api kecil yang boleh menyebabkan kebakaran. Bagi Ground Fault Interrupters bekerja sebagai pengesan renjatan arus elektrik yang terkena pada badan manusia dan Ground Fault Interrupters akan mematikan seluruh arus elektrik di dalam rumah.

SISTEM PEMBANTU WARGA EMAS DAN KURANG UPAYA – Sistem ini sebenarnya telah diterapkan di dalam Smarthome  bagi memudahkan dan memberi keselesaan bagi yang inividu tidak berkemampuan. Jadi jika ada golongan yang kurang upaya ini selamat untuk tinggal di rumah ini dengan sistem keselamatan dan sistem teknologi canggih seperti lainnya. Secara amnya, Smarthome ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan sangat menyelesakan. Jadi tidak asinglah jika dunia akan datang ini bakal dipenuhi dengan pelbagai alat-alat dan teknologi canggih seperti dalam cerita-cerita animasi! Dengan pembangunan Smarthome di sebuah negara, masalah dan bencana yang tidak diingini berlaku berpeluang untuk berkurang. Sekaligus, keselamatan juga terjaga dan terkawal. Menarikkan! Bayangkan jika di Malaysia kini semua teknologi dihujung jari? Terbaik.

Source: http://www.veedo.my/teknologi-canggih-smarthome/