Debudu: Budu dalam bentuk serbuk
FISAL menunjukkan produk inovasi iaitu budu serbuk atau 'Debudu' ketika ditemui di UMT baru-baru ini. Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk. Budu serbuk atau Debudu merupakan inovasi sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan (PPTSM) Universiti [...]