Bukit Jalil – 29 Oktober 2014 – Hampir 60 orang kakitangan Bahagian Sains Sukan, Bahagian Perubatan Sukan dan Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) telah terlibat di dalam Bengkel Penyelidikan : Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam (JKPDA) anjuran Cawangan Pengurusan Penyelidikan hasil cetusan idea Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), ISN. Bengkel ini diadakan di Bilik Seminar 2 dan Dewan Perdana, ISN.

 Penerangan oleh Dr. Yeo Wee Kian, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), ISN

Pada dasarnya, JKPDA akan menyalurkan bantuan kewangan kepada ISN bagi menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang menjurus kepada pembangunan penyelidikan dan teknologi sukan.

Penganjuran bengkel ini adalah inisiatif awal ISN ke arah penyediaan pelan penyelidikan yang komprehensif dalam usaha untuk merealisasikan pembangunan sukan negara secara berterusan dengan kerjasama daripada para saintis sukan ISN.

Sesi perbincangan dan percambahan idea penyelidikan

 

 Sesi pembentangan idea-idea penyelidikan