Duta ‘selfie1 cuba pecah rekod dunia Muhammad Hazwan dan Muhammad Aziph (tengah) mengambil gambar selfie bersama orang awam yang mengunjungi Perkampungan Sains dan Teknologi, semalam. LFOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BHJ Kuala Lumpur: Seorang pela-tih Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) semalam berjaya mera-kamkan gambar ‘selfie’ bersama 665 warga kota secara berasingan dalam tempoh sejam sebagai cubaan untuk memecah Rekod Dunia Guinness. Dalam program yang diada-kan sempena sambutan Hari Kemerdekaan itu, Muhammad Hazwan Md Nor, 20, mengambil gambar ‘selfie’ dengan orang awam yang mengunjungi Perkampungan Sains dan Teknologi, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini. Muhammad Hazwan dipilih sebagai duta ‘selfie’ bagi men-jayakan ‘Program Selfie Ter-banyak Dalam Satu Jam’ yang dianjurkan YIM itu. Menerusi program itu, orang ramai yang mengunjungi perkampungan berkenaan mera-kam gambar ‘selfie’ bersama Muhammad Hazwan dalam cubaan mereka untuk memecah-kan Rekod Dunia Guinness. Rekod dipegang pelakon Rekod itu kini dipegang pelakon Kanada, Melinda Shan-kar yang berjaya bergambar ‘selfie’ dengan 421 orang dalam masa sejam sempena sambutan Hari Kanada pada 1 Julai lalu. Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Muhammad Aziph Mustapha, berkata program itu bertujuan menunjukkan rakyat negara ini sentiasa ber-fikiran positif dan kreatif serta sentiasa mengikut perkemba-ngan semasa. “Menerusi program ini, kita juga dapat mempamerkan se-mangat perpaduan rakyat Malaysia kepada masyarakat dunia. “Pada masa sama, program ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama mengukir nama mereka dalam Rekod Dunia Guinness,” katanya selepas program itu di sini, semalam. Turut hadir pada program ituTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah. Tiga pakar fotografi dari Uni-versiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Multimedia, Cyberjaya dipilih untuk menilai semua gambar ‘selfie’ yang diambil. Katanya, daripada 665 gambar ‘selfie’ yang diambil, hanya 613 didapati layak melepasi syarat penyertaan yang dite-tapkan. “Kita akan menghantar pen-capaian ini kepada Rekod Dunia Guinness dan keputusan rasmi dijangka diketahui dalam tempoh sebulan,” katanya..