Sementara menunggu makanan disediakan, permainan mudah alih turut disediakan untuk pelanggannya.

Sebuah restoran terkenal di China, Haidilao telah membuka cawangan baru restoran dengan keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Beijing.

Video sekitar restoran berkenaan mula jadi bualan ramai selepas teruja dengan kehebatan restoran ini.

Mana tidaknya, lengan robotik dilihat mengambil piring di ruang penyimpanan untuk dihantar oleh pelayan robotik sebelum dihantar ke meja pelanggan.

Teknologi ini amat mengujakan pelanggan restoran biarpun masih dibantu kakitangan manusia bagi memastikan teknologi AI berkenaan berfungsi.

Pelanggan hanya menunggu di meja sambil menggunakan aplikasi khas untuk mengimbas kod QR makanan yang ingin mereka pesan.

Sementara menunggu makanan disediakan, permainan mudah alih turut disediakan untuk pelanggannya.

Restoran berkenaan menyediakan 93 buah meja dan kerusi pada keluasan 1600 meter persegi.

Menurut Haidilao, sistem yang dikendalikan AI ini amat menjimatkan kos buruh malah meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka selain keselamatan makanan.

Source: http://www.astroawani.com/berita-teknologi/restoran-dengan-teknologi-ai-kini-mula-beroperasi-198520