KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tangga kelapan di Asia dan tempat ke-37 dalam laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2017 yang dikeluarkan oleh Cornell University, INSEAD, dan Organisasi Harta Intelektual Dunia, hari ini. Laporan itu juga berkata Malaysia merupakan antara 10 ekonomi utama di Asia, selepas Singapura, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, New Zealand dan Australia, dan negara ini juga antara ekonomi pendapatan pertengahan yang paling hampir menduduki 25 tempat teratas tahun ini.

Tahun lepas, Malaysia berada di tempat ke-35 dalam laporan GII, yang mengukur prestasi inovasi 127 ekonomi dunia. Kemasukan Persekutuan Rusia dan Argentina dalam kumpulan berpendapatan sederhana menyebabkan kedudukan Mexico, Malaysia, Turki dan Thailand merosot ekonomi yang berada dalam kumpulan 10 teratas berpendapatan sederhana sejak metrik kualiti inovasi diperkenalkan. Laporan itu menyebut Malaysia juga menjayakan pembangunan kelompok teknologi maklumat dan komunikasi terbaik dan mengekalkan petunjuk pengukuhan dalam import dan eksport berteknologi tinggi dan eksport barangan kreatif. Ia disumbangkan oleh penyelidikan dan pembangunan serta tahap pembangunan paten dalam kalangan penduduk dalam ekonomi pesat membangun. Bagaimanapun katanya penyelidikan dan pembangunan serta tahap kesedaran paten dalam kalangan penduduk di Asia seperti Malaysia, Filipina dan Vienam masih rendah.